Monday, May 16, 2011

HARI GURU

Apa pasal 16 Mei ni dipilih sebagai 'Hari Guru'?! Apa la kunun mo sambut 'Hari Guru' ni?! Hari pelajar xda pla.. Soalan2 chubby camnila ada di antara guru tu pun ble blank nak jawab..
Sempena haru guru arini, iaitu 16 Mei 2011 waktu Malaysia, KK nak bagitau sedikit mengenai 'Hari Guru' ni.. Tarikh 16 Mei dipilih kerana pada tahun 1956, Majlis Undang2 Persekutuan Tanah Melayu telah mendapat dan telah menerima pakai cadangan-cadangan daripada Laporan Jawatankuasa Pelajar sebagai dasar pelajarn negara Malaysia. Dokumen cadangan tersebut dikenali sebagai "Laporan Razak". Dan ianya telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan dengan secara rasminya pada hari itu.

Hari guru disambut kerana :
1. Untuk menitikberatkan peranan guru dalam membina bangsa, pembangunan negara dan khidmat pada masyarakat.
2. Bagi menarik perhatian ibubapa, pelajar dan orang ramai mengenai kepentingan peranan guru ini di dalam masyarakat.
3. Memupuk semangat perpaduan dan muhibbah sesama guru.
4. Menaikkan martabat guru dalam masyarakat
5. Membuka ruang kepada guru untuk meningkatkan lagi kualiti sebagai seorang guru.
6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia


Nak KK ulas sikit sal cerita guru ni?nak?..lau anda xnak,KK nak. KK pun pernah berguru jugak..tapi xterfikir nak jadi guru..sebab tanggungjawab guru ni lebih berat daripada tanggungjawab kontraktor yang nak buat KLCC. Lau kontraktor gagal buat keja atau buat setangah siap ja, its juz talk about budget(money) only maa..diisyhtiharkan muflis pun kesannya pada individu terbabit saja..TAPI lau guru gagal dalam mendidik atau mendidik setengah siap saja, anda TUNGGU sajala cerita2 pelajar skola praktikal nak test pelajaran keibubapaan smpi mngandung dan mlahirkan anak luar nikah, pelajar sayang guru shingga rogol guru, pelajar isap syabu bagi menguatkan ingatan, pelajar isap gam bagi mengurangkan tekanan, pelajar bersukan di pub, study group kat pusat siber sampai tengah malam, dll. Guru ni bukan sebagai karier sahaja untuk mendapatkan gaji tetap tiap2 bulan masuk wang..tapi ianya adalah lebih kepada perjuangan..pejuang sukarelawan! Anggap sajalah gaji itu sebagai bonus, dan anggap bonus gaji itu sebagai rezeki! dan IKHLAS la anda(guru) dalam perjuangan mendidik anak bangsa, tanpa mengira kaum dan agama demi pembangunan negara Malaysia.

Namun..KK tengok skarang ada di antara guru ni xlayaklah lau nak menjadi guru atau di angkat sebagai guru..guru ni kan cam 'sifu', 'master', kan?guru ni bukan hanya sekadar penjawat awam je la. Ni KK nak cerpenkan sket kisah si guru yang hanya menjadi guru sebagai penjawat awam saja. Kisah ini kisah benar terjadi, tapi kurang benar kisah jalan cerita dan wataknya.

"KISAH GURU YANG SANGGUP MENELEFON IBUBAPA KPD SALAH SEORG ANK MURIDNYA AGAR GURU DAPAT MEMBERIKAN TUISYEN IKHLAS KEPADA PELAJAR ITU"

"tinggi2 gunung kinabalu,tinggi lagi saya sayang kamu.." handphone CSL puan Wanita berdering menggeletar. "Helo?", puan Wanita.
"Ni puan Wanita ke?", cikgu Ndalayak.
"Ya..saya..sapa ni?", puan Wanita.
"Saya cikgu Ndalayak, saya nak cerita sikit mengenai anak puan iaitu cik Sumandak bte Maskulin..anak puan ni sebenarnya bukan bodoh,cuma kurang pandai..so, kalau boleh saya nak anak puan belajar tuisyen dengan saya..itupun jika puan izinkan..free je..saya hanya ikhlas nak tolong", cikgu Ndalayak.
"Uina kau tohk..boleh kalau free begitu..jam berapalah tusyennya tu kono?", puan Wanita.
"Erm..petang?lepas waktu sekolah?", cikgu Ndalayak.
"Ok, set!", puan Wanita.

Pada malam harinya, si ibu pun mula memutarkan kata2 bagi mengarahkan anak gadisnya supaya belajar tuisyen dengan cikgu Ndalayak. Namun si anak ini tidak kepingin langsung pun nak belajar tuisyen, lebih2 lg sebelah petang..ngam2 lg lepas sekolah..tak mandila jawabnya. Lalu si ibu pun mula mendendangkan dialog,
"Uihnah! tidak kau pandai mendengar cakap ibumu ini nak?! bukan susah kau pergi belajar tuisyen tu, rumahnya pun ada air-cond lg. Duit blanja kau tu ibu kasi double pay. Malam kau boleh berehatlah di rumah lau penat sangat", kata puan Wanita dengan sedikit berbelit dengan auta.
"Tapi ibu..aku ni semua 'A' juga time peperiksaan bulan 3 tu..'Kemahiran Hidup' ja yang dapat 'B'", balas cik Sumandak.
"Susah ka apa yg aku suruh tu nak?bukan aku suruh kau membujak sana di sawah. Mau kau aku suruh kau tanam padi bukit ibu dengan darjah kecerunan 85 dan seluas 10 ekar 5 rantai sana?", kata puan Wanita.
"Yala ibu..sayangg ibu..sok aku mo bawa bekal la,aku mau bekal nasi goreng ikan masin", kata cik Sumandak.
"Hmm..yala..", kata puan Wanita.

Keesokan harinya...
selepas waktu sekolah..cik Sumandak pun terus ke bilik guru dan menemui cikgu Ndalayak. Telah diputuskan bahawa tepat jam 2.30 petang menjadi waktu pertemuan mereka di rumah cikgu Ndalayak.
"Hee..cikgu buat pa tu?", kata cik Sumandak tiba di rumah cikgu Ndalayak tersengih keanak-anakan yang membuatkan orang geram.
"Oh..Sumandak..cikgu tengah tunggu kamu la ni..marilah masuk,simpan beg kamu kat tepi dinding tu", kata cikgu Ndalayak.
"Err, tak panas ke arini kamu rasa?lau panas, cikgu nak pasang aircond..cikgu tutup dulula ni pintu..", tambah cikgu Ndalayak lagi.

Dipendekkan cerita lagi,
"Em..cantik ye tulisan kamu Sumandak..cikgu rasa kamu kurang berminat dengan pelajaran 'KH' ni kan..yela,banyak bab2 pertukangan..suma tu majoriti keja2 budak lelaki je.. Em..kamu suka apa Sumandak?",kata cikgu Ndalayak.
"Hheehee..cikgu ni kan..ya la cikgu..pening saya nak hafal cikgu..susah nak catch up.. Kenapa cikgu tanya begitu?saya suka cikgu la..hihi",kata cik Sumandak nakal.
"Cikgu pun suka kamu..", kata cikgu Ndalayak sambil mengusap rambut Sumandak. Sumandak pun membiarkan sahaja tanpa memikirkan maksud apa2 terhadap perbuatan cikgu Ndalayak. Namun cikgu Ndalayak yang da layak mengundi ni pun mula menjadi technician-gatal tangan nak check2 equipment.
Sumandak pun mula mengelak kerana mula rsa kurang selesa terhadap perbuatan cikgu yang kononnya cuba nak mengacau cik Sumandak jawab soalan. Cik Sumandak hanyalah seorang pelajar tingkatan 3 yang hanya setakat tahu apa yang dia boleh tahu sahaja, dan bukan benda2 advance..kerana belum sampai peringkat itu lagi..itula juga si gadis comel ni suka bernakal manja tak tentu hala tanpa mengetahui 'apalah kunun jadinya?'.

KEESOKAN harinya lagi...
Terpampang kat mukasurat Berita Harian  http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gurutawartuisyensebelumrogolpelajar/Article/index_html

KK bukan nak burukkan prestasi guru, tapi KK nak kita semua naikkan prestasi guru Malaysia dengan MENCEGAH guru Ndalayak sebegini..!

*Harap2 jgn pla KK yg terpampang kat mukasurat Berita Harian kerana menulis blog ni..nauzubillah.

No comments:

Post a Comment