Thursday, September 22, 2011

KONSEP 5S

5S..?Apa itu 5S?Haa,,spa2 yg ada buka syarikat (ofis) sendiri di luar sana, ataupun pelajar sekolah mahupun pekerja opis dan juga pekrja bgkel ataupun kilang..mari luangkan sedikit msa baca entry KK kali ini iaitu mengenai 5S.


Konsep amalan 5S mula diperkenalkan kepada syarikat-syarikat di negara Jepun pada awal tahun 1980an. Amalan 5S ialah lima(5) langkah tindakan pelaksanaan yang bermula dengan huruf awalan “S” yang bermatlamatkan pengurusan amalan kebersihan yang bersistematik dan juga kaedah atau alat pengurusan yang boleh mewujudkan persekitaran ditempat kerja berkualiti yang selesa, kemas dan selamat di dalam organisasi dan menentukan kepatuhan kepada piawaian serta dapat memupuk usaha penambahbaikan yang berterusan. Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang diringkaskan menjadi 5S. Dalam bahasa Melayu memberi maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam, dan Sentiasa Amal.

Amalan 5S merupakan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai “Kaizen‟ dalam Bahasa Jepun. “Kaizen” adalah cara pembaikan dilakukan secara sedikit demi sedikit tetapi berterusan terutama dalam aktiviti yang berorientasikan manusia dan proses. Bagi menjayakannya, penyertaan dan komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua peringkat anggota dalam organisasi.

Amalan 5S adalah asas peningkatan kualiti dan produktiviti yang berkesan kerana:
1.  Dapat Mewujudkan Persekitaran Tempat Kerja Yang Berkualiti Dan Produktif.
2.  Hasil Kebersihan, Kekemasan Dan Keselamatan Yang Nyata.
3.  Lebih Banyak Idea Kreatif dan Inovatif Diketengahkan Oleh Pekerja Untuk Penyelesaian Masalah dan Penambahbaikan.
4.  Semua Pekerja Akan Lebih Berdisiplin Dan Beretika Untuk Menghasilkan Prestasi Kerja Yang Lebih Baik.
5.  Operasi Di Tempat Kerja Lebih Senang, Pantas dan Selamat.
6.  Membina Budaya Kerja dan Nilai Bersama Yang Cemerlang.
7.  Menjadi Kebanggaan Semua Pekerja dan Meningkatkan Imej Organisasi.


KK dulu da buat konsep 5S ni kat salah sebuah bengkel di Politeknik Kota Kinabalu..ternyata xmerugikan, lebih memudahkan dan menceriakan..=)

1 comment:

  1. Welkam new wasaber !...bah, jom follow blogger sabahan lain..

    ReplyDelete