Tuesday, October 4, 2011

SEDIKIT SEJARAH MENGENAI BEAUFORT SABAH


akhirnya..KK da melancarkan 'page' baru di blog KK iaitu page"Kamus (Bisaya-Melayu)" ..
KK jgk da publish kat wall facebook We Are Sabahan BloggerMania..ini merupakan salah satu usaha KK bagi menyambung warisan bangsa keturunan agar tidak menjadi mitos keturunan bangsa di masa akan datang...hee

sehubungan dengan itu, KK ingin memuatkan entri di blog KK sedikit mengenai sejarah awal perwujudan daerah Beaufort di Sabah..di mana majoriti penduduknya adalah terdiri daripada suku kaum bisaya..

Pada tahun 1898, seorang pegawai tertinggi kerajaan British North Borneo (merupakan salah seorang gabenor dalam jajahan dan takluk Syarikat Borneo Utara pada masa itu) yang bernama L.P.Baeufort telah menemukan dan menerokai daerah Padas ini, lalu daerah ini pun dinamakan sebagai Beaufort sempena nama beliau dimasa jajahan Kerajaan British North Borneo pada masa itu...dan nama itu berkekalan sehinggalah ke hari ini. Sebelum itu daerah ini hanya di kenali sebagai Padas sahaja. Kerajaan British North Borneo telah mengujudkan Pusat Pentadbiran Daerah di daerah ini pada tahun 1915 dan Pegawai Daerah yang pertama didaerah ini ialah Mr. E.C.Erving.  





Rujukan>>http://beaufort.bdd.org.my/

No comments:

Post a Comment