SEMPENA bulan ramadhan yang mulia ni, KK pun nak btrep alim la sket walaupun da nak ke penghujung bulan ramadahan..namun masih belum terlewat..kan..hoho.. Manala tau ramadhan tahun depan KK da xde lg kat dunia ni,hanya blog ini jadi kenangan..nauzubillah.. kesah ini KK pun men copy paste je ntah dari mana sumbernya KK pun da xingat..tapi ada dalam simpanan KK kat laptop ni haa..sekadar nak berkongsi..
"ABU Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan: Ada seseorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah duduk di sebelahnya. Nabi diam saja, begitu juga Abu Bakar.
Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ. Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata: "Ya Rasulullah, dia memaki saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi."
Rasulullah lantas menjawab: "Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan."
Rasulullah kemudian bersabda lagi: "Allah akan memuliakan hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredaan Allah."
Abu Said al-Khurdi pula berkata: Rasulullah ada bersabda: "Awaslah kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam.
"Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah ia berbaring."
Abu Hurairah al-Bahili berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda: "Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredaan pada hari kiamat."
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
Haa..jangan biarkan diri anda mudah terjerumus dalam keadaan marah..cool je cam rasulullah s.a.w..da terbukti sangat da segala pa yang dibuat dan diajar oleh baginda,konfem yang terbaek punye untuk kita..
No comments:
Post a Comment