Thursday, June 2, 2011

MAKAN KALAU MAU MAKAN


Setelah puas KK mencari, akhirnya terjumpa juga buku lama KK mengenai rahsia pembelajaran pelajar cemerlang.. Namun buku ni bukanlah buku@kitab simpanan KK yang sebenar, akan tetapi isi kandungannya adalah hampir sama.. Apa yang KK nak kongsikan di sini adalah mengenai petua makanan kecemerlangan otak..KK pernah mengamalkannya dan ianya sangat berkesan..dan sekarang KK nak mengamalkannya semula sebab KK rasa sekarang KK dah semakin menjadi seorang yang mudah lupa..hee.. DAN, anda pun boleh mengamalkannya.

Makanan yang melemahkan otak :
1. Gula putih
2. Kek dan biskut
3. Makanan atau Minuman yang mengandungi bahan perwarna dan pengawet
4. Coklat dan Aiskrim
5. Makanan ringan seperti keropok
6. Gula-gula
7. Kopi dan Teh
8. Makanan yang telah dihinggapi semut, lipas atau lalat

Makanan yang menguatkan otak :
1. Susu
2. Daging dan Hati
3. Sayur-sayuran segar
4. Buah-buahan segar
5. Madu lebah asli
6. Keju
7. Kacang tanah
8. Bijirin kering
9. Kismis
10. Kurma
11. Ikan laut
12. Telur

Hmm..simple ja kan..tapi lau bab minum kopi tu yang KK xtahan.. Bagi KK, kopi dan teh ni umpama booster untuk kecerdasan otak untuk jangka masa pendek sahaja.. Anyway, anda boleh cuba dan lihat hasilnya..bagi yang ada alergi tu, cuba jenis makanan lain pula bagi menguatkan otak..

KK ada personal suggestion untuk menu harian untuk menguatkan otak :
PAGI : Susu, roti+mentega+telur
T/HARI : Nasi, sayur-sayuran, ikan, buah-buahan, susu
MALAM : Sayur-sayuran, buah-buahan, susu+madu lebah, kismis@kurma, kacang tanah

Insyaallah, dengan mengamalkan petua pemakanan ini, KK pasti anda akan lebih mudah mengingati sesuatu pekara, otak bertindak pantas dan mudah untuk menerima@memahami sesuatu pekara baru..kalau xpercaya, anda cubalah sendiri.

2 comments:

  1. ye ke? klu teh tu da jd fav cmna la tu?

    ReplyDelete
  2. semua pun aku bantai..yg penting halal haha

    ReplyDelete