KORANG time kat sekolah kecik2 dulu pernah buat eksperimen kacang hijau taruh kat kapas lembab dan menjadi taugeh tak? KK pernah..hehe..best.. So,arini KK nak buat entry tentang taugeh pla..sapa2 yg suka mkn taugeh yg penuh berkhasiat ni, apa kata baca entry KK kali ni, mana tau berguna untuk anda penggemar taugeh..kan,kan..
Panduan Menanam Taugeh
Panduan Menanam Taugeh
Taugeh merupakan sejenis makanan daripada percambahan kekacang atau bean sprout sama ada daripada kacang hijau(vigna radiata) atau kacang hitam (vignamungo) yang diimport dari Thailand atau China. Kajian menunjukkan penghasilan taugeh merupakan satu bidang usaha yang berdaya maju. Faktor-faktor yang mempengaruhi penghasilan taugeh perlu diberi pengamalan dan dilihat pada setiap peringkat proses pengeluaran.
Kaedah dan Pemerhatian
Walaupun proses penghasilan taugeh nampak mudah, hampir setiap peringkat pemprosesan mempunyai kesan kepada penghasilan. Pemilihan lokasi yang betul dari segi sumber air dan luang pasaran adalah untuk memastikan projek yang berterusan. Bahan mentah terutama benih kacang mestilah bernas dan bersaiz besar bagi mendapatkan hasil yang baik dandiperolehi secara berterusan dengan harga yang berpatutan.Aktiviti mengasing dan membasuh perlu dibuat dengan teliti sebelum kacang direndam. Tempoh rendaman 6-8 jam dengan larutan hormon pembesaran Sontoso sudah memadai dan menggaul dengan Siako (selepas mengetos) sebelum peringkat mencambah, boleh memberikan hasil yang paling tinggi di mana 11 kg.benih menghasilkan 8.7 kg. taugeh dan keperluan air siraman menjadi lebih rendah dibandingkan dengan hanya menggunakan hormon. Untuk percambahan, penggunaan tong-tong plastik yang telah digunakan atau recycle container yang tebal dan tidak lut cahaya lebih baik kerana ia tahan lasakdan memberi lindungan yang secukupnya pada taugeh untuk bercambah.
Proses Pengeluaran Taugeh
Menyediakan persekitaran dan lokasi
\/
\/
Mendapatkan bahan mentah (kacang hijau /kacang hitam)
\/
\/
Mengasingkan benih (benda asing, kacangrosak, batu dan sampah)
\/
Membasuh (hingga kacang benar-benarbersih)
\/
Membasuh (hingga kacang benar-benarbersih)
\/
Merendam (6-8 jam menggunakan larutanhormon jika mahu, 1.5% Sontoso)|Mengetos (digaul dengan 1% Siako)
\/
\/
Mencambah (4-6 hari dalam bilik yanggelap dan suhu rendah serta tongbersesuaian)
\/
Menyiram (2-4 jam sekali)
\/
Menyiram (2-4 jam sekali)
\/
Mengasingkan kulit
\/
\/
Membungkus
\/
\/
Menjual
Pertambahan jarak masa siraman dan pemberhentian siraman selepas tengah malam boleh menyebabkan hasil taugeh rendah. Pemerhatian yang dijalankan diPKT Sedang menunjukkan jarak antara siraman 3 dan 4 jam memberikan hasil taugeh 6.4 kg dan 5.3 kg berbanding dengan 8.7 kg. taugeh pada jarak masa siraman 2 jam. Taugeh yang telah matang boleh diasingkan dari kulitnya dengan mudah dan taugeh yang dituai hendaklah terus ditoskan selama satu hari sebelum dibungkus supaya kering kerana taugeh lebih tahan dijual secara kering. Taugeh yang hendak dijual hendaklah dipastikan supaya sampai kepada pengguna dalam keadaan segar.
-artikel copy/paste dari scrbd
No comments:
Post a Comment