Sunday, May 22, 2011

CAR ACCIDENT

Puas KK cari gambar kemalangan kereta yang pernah KK dilibatkan..hm.. xjumpa..xkan simpan kat laptop ni pun ble tercicir kot?jangan2 da kena makan lipas..

Andaimisalnya lah anda seorang pemandu kereta dan valid driver license, tiba2 anda terlibat dalam kemalangan kereta berlanggar, apa yang akan dibuat oleh anda?
A. Panik
B. Panik+Mengamuk
C. Panik+Telefon kenalan terdekat untuk muncul memberikan anda bantuan di tempat kejadian
D. Membuat perundingan secara damai dengan pemandu kereta yang berlanggar

Jika soalan di atas ni keluar dalam exam, KK akan koyakkan kertas exam tersebut dan keluar kerana memberi soalan yang tiada jawapan dalam pilihan jawapan..seperti hendak sengaja nak menggagalkan KK dalam exam. Sekiranya anda mengalami kemalangan, tidak kiralah sama ada anda melanggar atau dilanggar, pekara yang harus anda lakukan adalah :

Step 1 :
Bertenang, jika kemalangan xmelibatkan kecederaan berat, stay dulu dalam kereta anda dan jangan keluar. Sekiranya pemandu kereta yang berlanggar dengan anda itu mahu anda keluar dari kereta, anda dinasihatkan supaya jangan keluar dahulu..kerana..

Step 2 :
Anda perlu segera membuat panggilan ke balai polis trafik yang berdekatan dengan anda. Anda beritahu bahawa anda telah terlibat dalam kemalangan dan beritahu di mana lokasi anda.

Step 3 :
Keluar dari kereta dan ambil gambar panorama kemalangan (Handphone sekarang pun da banyak yang ada kamera, so inilah masanya yang sesuai untuk mengaplikasikannya). Sekiranya bumper anda tertanggal dan telah melayang ke tengah jalan, anda segera ambil gambar dan kemudian baru alihkannya ke bahu jalan. Ini bertujuan sebagai bukti anda sekiranya anda tidak bersalah. Dari situ pihak polis boleh menilai siapa yang bersalah atau tidak.

Step 4 :
Sekiranya pemandu yang berlanggar dengan kereta anda marah dan ingin memohon ganti rugi, sekiranya anda memang bersalah, anda tidak perlulah panik jika anda tidak mempunyai wang pada ketika itu. Apa yang anda boleh lakukan adalah cuba menenangkan pemandu terbabit sehingga polis trafik tiba. INI KERANA ANDA TELAHPUN DILINDUNGI OLEH INSURANS. So,insurans yang akan bayar dan bukannya anda pada ketika itu. DENGAN SYARAT, KEMALANGAN YANG BERLAKU DILAPORKAN KEPADA PIHAK POLIS TRAFIK. Jika tidak, pihak insurans tidak akan dapat melindungi anda. Maksudnya pihak insurans tidak dapat memberikan wang pampasan kepada anda. Tidak kira sama ada anda bersalah mahupun tidak bersalah.

Step 5 :
Setelah pihak polis trafik dan "Tow Truck" tiba, anda berikan testimony mengenai apa yang telah berlaku dengan jujur. Pihak polis trafik tidak akan terbodoh jika anda cuba2 hendak membodohkan pihak polis trafik dengan penipuan cerita anda. Kemudian ikut arahan polis trafik dan menuju ke balai untuk membuat laporan. Dan dikenakan saman/denda jika anda didapati bersalah. Dari situlah urusan nak claim insurans dilakukan. Kemudian ikutilah arahan pihak polis trafik yang selanjutnya.

Ini merupakan pengalaman KK ketika mengalami kemalangan suatu ketika dahulu. Jika kemalangan yang berlaku di kawasan Kota Kinabalu, anda boleh hubungi pihak polis trafik Kota Kinabalu di 088-310273.

To KK follower..i love you all.

2 comments: